Saturday, June 30, 2012

HOME FLIGHT SIMULATOR COCKPIT

Assalamualaikum,

Sebelum aku sembang panjang - panjang, tgk lah beberapa video yang aku upload ni ....





.... dan nak tgk banyak lagi, boleh cari kat youtube ... "HOME FLIGHT SIMULATOR COCKPIT"

bestkan tgk depa ni main flight simulator. Macam real .. tapi kita di Malaysia still main menggunakan PC.

Aku ada bertanyakan kat beberapa "supplier" dari negara belah Euro sana... depa ada buat benda ni. Tgk website ni http://www.jetmax.ca/ harga baru USD 7000, kalau convert RM lebih kurang RM23,000.00 tapi depa punya product separuh jer .. tak macam video video diatas.

Untuk geng semua, sapa sapa dah beli, kongsilah yer .... mana le tau ada yang dah beli .. boleh kau pinjam lepas gian main .... he he he

oklah .. short je kali ni .... tak ada idea

Thursday, June 28, 2012

9M-MNA is now ready for his show-off

Gambar bertarikh 27 June 2012 dari base AIRBUS INDUSTRI menunjukkan pesawat 9M-MNA A380 Malaysia Airline sudah lngkap diwarnakan dengan warna komersil. Pesawat terbesar itu dijangkakan akan terbang buat julung pertama kalinya membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke London pada 1 July 2012.



Tuesday, June 19, 2012

A380 PESAWAT PENGANGKUT PENUMPANG TERBESAR DUNIA


Assalamualaikum,
Isu kali ini, aku bercerita khas mengenai A380 sahaja.

A380 adalah sebuah kapal pengangkut penumpang 2 tingkat terbesar di dunia.



Wide body dan dilengkapi 4 enjin, pesawat ini mampu terbang sejauh 15,400 KM tanpa henti untuk mengisi minyak. Pesawat ini juga mampu terbang di ketinggian maksimum 41,000 kaki dan  terbang dengan kelajuan maksimum 900 KM/J (0.85 Mach).

Pesawat ini direka untuk menyeimbangi dan memberi saingan kepada BOIENG dimana ketika itu, pesawat Boeing 747-400 adalah yang terbesar disusuli Boeing 747-800.

Pesawat airbus dijual dalam dua model. A380-800 pada asalnya adalah direka bentuk untuk membawa 555 penumpang dalam satu konfigurasi tiga kelas atau 853 penumpang (538 di dek utama dan 315 di dek atas) dalam konfigurasi semua kelas ekonomi. Pada bulan Mei 2007, Airbus mula memasarkan pesawat sama kepada para pelanggan dengan kurang 30 penumpang (kini 525 penumpang dalam tiga kelas) berjual beli untuk jarak lebih 370 km (200 batu nautika), untuk mencerminkan trend yang lebih baik dalam penginapan kelas premium.

Jarak reka bentuk untuk model -800 adalah 15,200 km (8,200 batu nautika). Model kedua, pesawat pengangkut A380-800F, akan membawa 150 tan kargo 10,400 km (5,600 nmi). Variasi masa depan mungkin termasuk tempat duduk A380-900 kira-kira 656 penumpang (atau sehingga 960 penumpang dalam semua kelas ekonomi) dan satu versi julat dipanjangkan dengan kapasiti penumpang yang sama seperti A380-800.

Pesawat A380 ini didatang kan dengan kapasiti 2 jenis enjin.
1) GP7200




2) RR Trent 900





Fakta menarik mengenai A380:

1) Panjang pesawat ini bersamaan dengan 2 ekor ikan paus biru dewasa.
2) Manakala tinggi pesawat ini bersamaan dengan 10 tingkat bangunan atau ketinggian 5 ekor girafah dewasa
3) Berat pesawat ini mencecah 580 Tan iaitu sama berat dengan 165 ekor gajah jantan dewasa.
4) Menggunakan sejumlah 4.05L per penumpang untuk penerbangan sejauh 100KM. Jimat bukan.


Tatarajah penempahan A380 oleh syarikat penerbangan dunia




perbezaan saiz diantara jenis pesawat pengangkut dunia



Spesifikasi
[21]A380-800A380F
Krew kokpit2
Kapasiti penumpang525 (3-kelas)[5]
644 (2-kelas)
853 (1-kelas)
12 couriers
Panjang73 m (240 ka)
Rentang sayap79.8 m (262 ka)
Tinggi24.1 m (79 ka)
Jarak roda30.4 m (100 ka)
Lebar fiuslaj luar7.14 m (23.4 ka)
Lebar kabin6.58 m (21.6 ka) for Main deck
5.92 m (19.4 ka) for Upper deck
Luas sayap845 m² (9,100 ka persegi)
Wing sweep33.5°
Berat bersih276,800 kg (610,000 lb)252,200 kg (556,000 lb)
Berat maksimum berlepas560,000 kg (1,200,000 lb)590,000 kg (1,300,000 lb)
Muatan maksimum90,800 kg (200,000 lb)152,400 kg (336,000 lb)
Kelajuan terbangMach 0.85
(903 km/h, 561 mph, 487 knots)
Kelajuan terbang maksimumMach 0.89
(945 km/h, 587 mph, 510 knots)
Kelajuan maksimumMach 0.96[22]
(1020 km/h, 634 mph, 551 knots)
Berlepas pada MTOW2,750 m (9,020 ka)[17]2,900 m (9,500 ka)[17]
Jarak pada reka bentuk muatan15,200 km (8,200 nmi, 9,400 mi)10,400 km (5,600 nmi, 6,400 mi)
Lelangit perkhidmatan (Service ceiling)13,115 m (43,028 ka)[23]
Kapasiti maksimum bahan api310,000 l
(81,890 US gal, 68,200 imp gal)
310,000 l
(81,890 US gal, 68,200 imp gal),
356,000 l
(94,000 US gal, 78,300 imp gal) option
Enjin (4 x)GP7270 (A380-861)
Trent 970/B (A380-841)
Trent 972/B (A380-842)
GP7277 (A380-863F)
Trent 977/B (A380-843F)
Tujuh (4 x)Templat:Convert/kN
Senarai tempahan dan penghantaran A380 seluruh dunia


Emirates arab bersatu mendominasi pembelian tertinggi iaitu 90 buah.

Wednesday, June 13, 2012

A380 Malaysia Airline

Assalamualaikum sekian peminat aviation ...

Lama sungguh aku tak menulis. Bukan apa, aku terlalu sibuk dengan tugasan aku seharian dan tak kurang juga busy melengkapkan rating A330 aku dalam Flight Simulator X.

Isu kali ini, aku nak bercerita mengenai A380 Malaysia Airline. Sebelum itu, aku sebagai warga Malaysia turut bangga kerana Malaysia salah sebuah daripada beberapa buah negara lain yang mampu mempunyai bukan 1 akan tetapi 6 buah pesawat A380 ini. Pesawat yang berharga billion dollar ini akhirnya tiba di Malaysia.

Sebelum itu, mari kita tgk ni sama sama

Number of aircraft1 (Effective 1 Jul 2012)
Passenger seating capacity
494
Engines
Rolls Royce Trent 970
Wing span
79.75 m (261 ft 8 in)
Height
24.09 m (79 ft 1 in)
Length
72.72 m (238 ft 7 in)
Range
15,400 km (8,300 nm)
Max fuel capacity
84 600 US Gallons
Cruising speed
Mach 0.85 (900 km


Sedikit petikan berita dari Bernama ----

Pesawat terbesar dan paling mesra alam di dunia, Airbus A380, yang kini menjadi milik Malaysia Airlines (MAS), dijangka mendarat di bumi Malaysia pada jam kira-kira 3.00 petang ini.

MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, semalam dan kini menjadi pengendali ke-lapan pesawat penumpang itu.Ketua Pegawai Operasi Airbus Fabrice Brégier telah menyerahkan pesawat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya di Toulouse.

Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baharu pada Kelas Ekonomi.Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.

Ahmad Jauhari, yang membuat pemeriksaan bagi kali pertama pesawat itu, jelas sangat teruja.“Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh,” katanya.

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan. A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.

Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti ke destinasi utama di Amerika Syarikat.Kemunculan sulung pesawat komersil superjumbo itu dijadualkan pada 1 Julai mengikut jadual tiga kali seminggu pada laluan KL-London (MH002/MH003) sebelum melakukan perkhidmatan harian pada Ogos.

Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400. - Bernama

-----------------------------------
Disini sy kongsikan beberapa gambar A380 Malaysia Airline untuk tatapan semua meskipun ada diantara kita sudahpun menyaksikannya. Buat masa ini, kapal terbang ketiga telah pun dalam prosess TEST FLIGHT ...

No "plate" A380
1) 9M-MNA
2) 9M-MNB
3) 9M-MNC
4) 9M-MND
5) 9M-MNE
6) 9M-MNF














dan .. segalanya takkan mustahil seandainya ....

pesawat A380 milik airasia pertama .. dengan tambang murah ....
sekian terima kasih,