Tuesday, August 14, 2012

MACAM-MACAM HAL: VIETJET AIR DIDENDA GARA-GARA MEMPERSEMBAHKAN TARIAN BIKINI

Syarikat tambang murah Vietnam, Vietjet Air didenda oleh pihak berkuasa penerbangan negara tersebut gara gara mempersembahkan tarian bikini. Tarian bikini berkenaan dianjurkan oleh kononnya meraikan penerbangan sulung syarikat penerbangan berkenaan ke Hub perlancungan Nha Trang dari Ho Chi Minh City pada 3 August 2012 yang lalu.

Tarian selama 3 minit itu mempersembahkan seramai 5 orang peserta ratu cantik negara tersebut telah dimuat naik kedalam YouTube. Ketua penyiasat Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam mengesahkan kejadian tersebut dan telah mendakwa Vietjet Air telah melanggar peraturan penerbangan awam dan didenda sebanyak $1,244.00

p/s: Kalau pun nak meraikan, janganlah dilakukan didalam kapal terbang .. kejadian ini boleh mengganggu kosentrasi juruterbang berkenaan .. tak percaya? nah saksikan sendiri lah ...


ha kan ... tak ke tergugat kosentrasi juruterbang tersebut.

1 comment:

  1. Jangan kata juruterbang, yang nak terbang pun terganggu sama :D

    ReplyDelete