Thursday, January 01, 2015

2015 : PENUH CABARAN YANG BELUM PASTI

Assalamualaikum,

Kini kita semua berada pada tahun 2015. Tahun yang pasti penuh cabaran, yang kita sendiri belum pasti apakah dia. Namun dari dunia penerbangan, akan ada banyak perubahan, penciptaan, dan kemajuan yang ingin dicapai seiring dengan dunia yang semakin maju.

Kemajuan kemajuan ini penting bagi dunia penerbangan dimana kemajuan ini akan membantu dari segi keselamatan kapal terbang itu sendiri, penjimatan minyak dan kuasa penerbangan yang mampu pergi lebih jauh tanpa menggunakan tenaga yang banyak.




akhir kata, mohon kepada ALLAH agar diberi kudrat dan idea utk terus menulis didalam BLOG ini ...

Sekian terima kasih,

Ikhlas
Capt Khairulnizam

Wednesday, December 31, 2014

2014 DAN PENERBANGAN

Assalamualaikum,

Ini adalah coretan terakhir aku untuk tahun 2014. Coretan ini adalah sebagai penutup segala peristiwa yang berlaku pada "diri" MALAYSIA, tanah air yang kita cintai ini.

Tahun 2014 berlabuh dengan begitu tragis sekali. Sesungguhnya, tahun 2014 diakhiri dengan peristiwa hitam yang mengguris perasaan kita semua sebagai rakyat Malaysia, dan juga pencinta DUNIA PENERBANGAN ...

Pada 8 Mac 2014, iaitu 3 bulan selepas bermulanya tahun 2014, Malaysia dan rakyatnya dikejutkan dengan berita KEHILANGAN MH370. Penerbangan yang sepatutnya mendarat dengan selamat di Beijing, China menjadi igauan amat ngeri apabila sehingga coretan ini ditulis, kita semua tidak mengetahui kedudukan sebenarnya dimana MH370 itu berada.

MH370 menggunakan kapal terbang jenis B777-200ER bernombor pendaftaran 9M-MRO dari syarikat penerbangan Malaysia Airline System (MAS) dilaporkan hilang dan  gagal dikesan radar atau terputus hubungan dengan menara kawalan disekitar dperairan Laut China Selatan. Pesawat berkenaan yang membawa seramai 239 termasuk krew dan penumpang berlepas dari Kuala Lumpur International Airport atau KLIA ke Beijing dilaporkan hilang selepas hampir sejam memulakan penerbangannya.

Pelbagai cerita dan khabar angin yang kedengaran sejak itu dimana tiada satu pun jejak kapal terbang itu kelihatan seandainya terhempas dilautan. Namun, bagi ahli keluarga penumpang, mereka amat berharap agar para penumpang dan anak kapal tersebut selamat kembali dengan selamat. Jauh disudut hati mereka mengharapkan keajaiban.


9M-MRO adalah pesawat MH370 yang dilaporkan terhempas di lautan Pasifik

diantara sabit kehilangan MH370
Teori kehilangan MH370
Krew dan para penumpang pesawat MH370
Harapan sentiasa ada untuk mereka mereka yang berada didalam pesawat MH370 pulang dengan selamat. 


Belum pun reda dgn kehilangan MH370, pada 17 Julai 2014, ketika seluruh masyarakat Islam didunia menyambut dan menjalankan puasa dibulan Ramadhan, Malaysia dan rakyatnya dikejutkan dengan satu insiden dimana kapal terbang Boeing B777-200ER milik Malaysia Airline System (MAS) disahkan terhempas di sempadan diantara Ukrain dan Rusia.

Kapal terbang yang memulakan perjalanan dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur, Malaysia dilaporkan telah ditembak oleh puak pemisah Ukrain menggunakan senjata berat Peluru Berpandu Buk-2M. Seramai 298 orang termasuk 15 krew terbunuh dalam kejadian tersebut.

Berita ini benar benar dikutuk oleh hak asasi manusia seluruh dunia dan menganggap ianya adalah pembunuhan beramai ramai. Sehingga kini, orang yang bertanggungjawab diatas serangan tersebut masih lagi bebas. Malaysia melalui rundingan damai yang diadakan di Australia yang diketuai oleh Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin telah mengesahkan melalui rakaman radar dari sistem pertahanannya mengatakan bahawa serangan itu didalangai oleh PIHAK AMERIKA SYARIKAT. Beliau juga memberitahu dunia bahawa pesawat berkenaan bukan ditembak oleh Peluru Berpandu BUK akan tetapi telah ditembak bertalu talu oleh jet pejuang dari negara UKRAIN.

Satu istiadat tertinggi dari ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) di lakukan untuk menyempurnakan jenazah yang diterbangkan dari Amsterdam melalui 3 peringkat. Malaysia pada hari berkenaan berkabung selama satu minit memperingati dan mendoakan agar ruh mereka ditempat kan dikalangan org yang beriman.

Ketika tahun 2014 hampir menutup tirainya, sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan berita kapal terbang milik AIRASIA INDONESIA dilaporkan hilang dari radar pada pagi Ahad 28 December 2014 pada jam lebih kurang 7.05 pagi. Kapal Terbang berkenaan yang memulakan penerbangan dari Surabaya Indonesia dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Cangi, Singapore membawa seramai 155 orang termasuk 7 krew penerbangan dilaporkan hilang dari radar disekitar perairan barat Kalimantan.

Pada30 December 2014, berita sahih dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia mengesahkan bahawa pesawat berkenaan telah pun terhempas. Pesawat tersebut yang menggunakan pesawat A320-200 dengan pendaftaran penerbangan QZ8501 dilaporkan terhempas di perairan kepulawan Belitung,m Indonesia. Tiada yang terselamat dalam kejadian malang tersebut.

Sehingga coretan ini aku tulis, tiada laporan rasmi berapa ramai mayat yang berjaya dibawa keluar, namun mengesahkan bahawa mereka telah mengenal pasti 3 Mayat sebagai krew kapal terbang berkenaan.

Kapal terbang malang tersebut terbang pada ketinggian FL320 (32000 kaki) didalam keadaan cuaca yang tidak berapa elok. Laporan dari ATC mengatakan bahawa juruterbang berkenaan memohon untuk terbang pada aras FL380 (38000 kaki) akan tetapi, ATC memberikan kebenaran awal untuk terbang pada ketinggian FL340 (34000 kaki) dan seterusnya mengarahkan pesawat berkenaan untuk belok kekiri beberapa darjah untuk mengelakkan cuaca buruk.

Namun, segala galanya sudah terlambat. pada sekitar jam 7.05 pagi, menara kawalan melaporkan bahawa terputus hubungan dengan QZ8501. Sejurus maklumat itu diterima, sepasukan penyelamat diarahkan mencari namun selepas 2 hari proses mencari, akhirnya mayat pertama dijumpai. Dijumpai bersama adalah beberapa serpihan dan peralatan dari kapal terbang malang berkenaan. Ini menguatkan lagi bahawa kapal terbang tersebut telah terhempas dan mengorbankan kesemua penumpang didalamnya.

Tahun 2014, adalah tahun yang amat menyedihkan bagi kita rakyat Malaysia. Namun, itu semua telah pun tertulis di LUH MAHFUZ dan ianya adalah QADA' & QADAR dari ALLAH SWT dan kita sebagai manusia yang masih lagi diberikan peluang untuk bernafas, harus meneruskan hidup dan bermohon agar peristiwa ini tidak lagi terjadi pada kita dan Malaysia utnuk tahun tahun yang mendatang ... AMIN.

Sekian dari saya sebagai penutup tahun 2014. bejumpa kita pada tahun 2015.

Sekian terima kasih

Capt Khairulnizam

Sunday, December 21, 2014

DIPLOMA PENERBANGAN (KAWALAN TRAFIK UDARA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berita baik kepada semua lepasan SPM yang bercita cita untuk bekerja didalam bidang penerbangan. Mungkin ada yang diluar sana tidak mampu meneruskan cita cita sebagai seorang juruterbang, namun itu bukan penamat karier. Kini anda boleh menceburi bidang yang mencabar juga, sebagai ATC (Air Trafic Contoller).

Tawaran ini terbuka kepada mana mana lepasan SPM dab STPM, berumur diantara 19 tahun dan keatas, yang mempunyai cita cita untuk bekerja di lapangan terbang ...

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,



Untuk mendaftar, sila ikut langkah langkah langkah dibawah

MENERJAH AWAN<>ATC<>NAMA<>NO TELEFON ke 01137578891 atau melalui email

perkara: MENERJAH AWAN: ATC ke norazrilroselan@gmail.com

Peluang anda cerah. ATC memerlukan ramai controller.

Sekian terima kasih




capt khairulnizam
9M-MTD

Thursday, September 18, 2014

DALAM A380 (DIAGRAM)


Assalamualaikum ..

Kali ini ... just nak tunjuk gambar diagram A380 je ... Terfikir juga, bagaimana lah depa ni buat part part yang kompleks ni ... sehingga percentage utk ada berlaku kesilapan cukup rendah.








......... dan ini dalamnya ...






Sekian terima kasih,

Capt Khairulnizam
A330 9M-MTD

Tuesday, September 09, 2014

MALAYSIA AIRLINE SYSTEM (MAS) ... BERTAHANLAH !!!

Assalamualaikum ...

Mesej ini kusampaikan kepada Malaysia Airline System dgn ucapan ... BERSABARLAH & BERTAHANLAH.



Ikhlas dari hati ini ..

Capt khairulnizam
A330



"BAGAIMANA NAK JADI JURUTERBANG"

Assalamualaikum ...

Lama tak menulis dalam blog ni. Disebabkan masa, kerja banyak, dan kekurangan idea nak menulis.

Kali ini, aku ingin menulis mengenai beberapa "anak muda" yang bertanyakan kepada saya untuk menjadi pilot. Rata rata mereka adalah muda, lepasan SPM.

Begini, aku banyak sgt terima "anak muda" bertanyakan soalan bagaimana nak jd pilot yang berjaya .., jawapan yang aku amat ringkas. Aku bagi address blog aku ni dan bacalah dari awal sehingga akhir. semua jawapan tu ada dalam blog aku ni. Disamping tu juga, aku ada bagi address mana mana blog dan website kepunyaan juruterbang di Malaysia antaranya "askcaptainlim.com". Didalamnya, teramat banyak sgt maklumat yang berguna yg boleh dijadikan panduan ..

Apa yang aku hangin tu ... ada diantara mereka yang mengatakan, "panjang sgt nak baca, apa kata captain bgtau je cara caranya". Lantas dgn tidak menghampakan mereka, aku dgn senang dan berbesar hari memberitahu "caranya" yang paling pantas untuk mereka menjadi juruterbang yang berjaya. Aku memberitahu "kalau blog yang tak seberapa malas nak baca, kalau sumber yang bersepah dalam internet tak nak cari dan malas nak baca, bagaimana nak jd pilot yang berjaya, pemalas nak baca. Usahkan nak dptkan lesen penerbangan, lesen L sekolah memandu pun payah nak dapat". ini yg aku bgtau

Nak kata aku sombong, terpulang. Ni lah .. mereka mereka ini bg aku takkan dapat fokus cuma nak glamor shj dgn pakaian seragam pilot tapi hakikatnya kosong !!! Sorry to say.

Meskipun aku belum lagi menjadi pilot, aku selalu membaca mengenai kapal terbang. Pertamanya untuk mencari pengetahuan dan bahan untuk aku letakkan dalam blog aku ni.

kepada adik adik yang nak jd pilot tu ... bukan shj persediaan mental dan fizikal shj kena ada. Tp pengetahuan tentang penerbangan or aviation kena ada juga. Tak ada lah nanti bila interview terbangak bangak nak jawab. So rajin rajin lah google apa yang patut tahu sebagai seorang juruterbang. Ibarat kata org .. petik jari je semua ni .. dalam "black box" otak aku je semua ni ...

Sekian buat adik adik.

Ikhlas,

Capt khairulnizam
A330

Wednesday, April 16, 2014

SAYA NAK JADI PILOT ... MCMANA CARANYA ?

Assalamualaikum kawan kawan yang saya hormati sekalian,

Terima kasih diatas sokongan yang diberikan kepada saya, blog menerjah awan dan juga page menerjah awan ...

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mana mana pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2013. Kepada yang kurang bernasib baik ... jgn berputus asa, Sedangkan semut dalam batu pun boleh hidup inikan kita manusia ... kesimpulannya ... kena kerja keras lah sebab selepas SPM bukan lagi tanggungan mak bapak nak fikir yang terbaik untuk kita tetapi kita yang memikirkan apa yang terbaik utk diri kita .... SESUNGGUHNYA, TIDAK BERUBAH NASIB SESUATU KAUM (ORG) ITU MELAINKAN MEREKA YANG MENGUBAH NASIB MEREKA ITU SENDIRI. 

Sejak dari keputusan SPM Mac 2014 lalu keluar, saya menerima banyak pertanyaan mengenai bagaimana nak jadi pilot (juruterbang), bagaimana nak enroll jadi kadet pilot utk MAS dan juga AIRASIA ... dan tak kurang juga ada ibu bapa yang bertanyakan soalan kepada saya mengenai anak mereka utk menjadi pilot dan sebagainya ...

Jawapan ringkas saya adalah ... semuanya ada dalam blog saya ...
http://captkhairulnizam.blogspot.com .... semuanya ada sy huraikan panjang lebar ... tapi tak semuanya betul .. kena cari dan tanya mana mana pilot. Dunia dah semakin kecil .. tak macam dulu ... tak tau mana nak cari maklumat. Cuma harapkan surat khabar dan majalah .. sekarang dunia dihujung jari anda ... ada facebook, tweeter, dan mcm mcm lagi lah.

Baiklah ... sy belanja ini dulu ..

sources: MFA Website
Untuk seseorang itu menjadi juruterbang yang hebat, minat sahaja amatlah tidak memadai dan tidak mencukupi. Kelulusan juga memain peranan dalam syarikat penerbangan menilai seseorang calon itu.

Untuk syarikat penerbangan dalam Malaysia, keutamaan mereka yang LULUS DGN CEMERLANG dalam mata pelajaran MATEMATIK, MATEMATIK TAMBAHAN (seandainya ada dan lulus dgn baik dan cemerlang amat mengagumkan), FIZIK, SAINS, ENGLISH (WAJIB NI) dan BAHASA MELAYU.Setakat lulus cukup cukup makan tu .... tak pastilah .... kena fikirlah sendiri.

Untuk memasuki TUDM pula, kesemua subjek yang saya sebutkan tadi ditambah dengan fitnes yang baik adalah yang terbaik. Ini kerana, TUDM menawarkan package yang sempurna utk seseorang itu bergelar juruterbang disamping penampilannya yang kemas dan disiplin yang sempurna ... menjadi rebutan mana mana airline didalam Malaysia dan juga luar negara mcm Emirates, Indonesia, Brunei dan lain lain.

Kemudian, kalaupun keputusan anda perfect .. semua A (straight A) ... akan tetapi anda tidak mempunya sebarang knowledge mengenai kapal terbang atau aviation, maka, anda meletakkan diri anda dalam keadaan yang sudah pasti tidak akan terpilih sebagai lingkungan terbaik utk di interview kelak ... contoh lah .. ada berapa orang yang boleh masuk dalam A380 utk 9M-MNA? Kalau anda tak tau apa itu 9M-MNA, agak sukar anda utk meneka bahawa itu adalah kapal terbang pertama A380 yang MAS perolehi. Enjin apa yang A380 pakai dan banyak lagi lah ...

Seperti yang saya katakan tadi ... dunia kita semakin kecil. Apa yang kita search dalam GOOGLE pasti akan keluar. Ramai juga pilot sekarang ada facebook dan blog kerana mengikut peredaran zaman dan juga teknologi. Dalam page menerjah awan juga ramai pilot yang follow. So rendahkan diri dalam menuntut ilmu ....

Sekali lagi .... kepada mana mana yang nak jadi pilot tu ... kembangkan pengetahuan anda dalam penerbangan .... minat shj tak cukup, pengetahuan yang penting sebenarnya ...

akhir sekali ...

sekian terima kasih

capt khairulnizam
A330-300

Monday, March 31, 2014

TAHUN 2014 ... TAHUN PENUH CABARAN

Assalamualaikum buat semua kawan kawan dan peminat menerjah awan,

Tajuk diatas ... TAHUN 2014, TAHUN YANG PENUH CABARAN !!!

Pertama sekali, setelah sekian lama tidak menulis, hari ini aku mencuri sedikit masa utk memulakan penulisan aku. Hampir 5 bulan tak post apa apa dalam blog aku. Akan tetapi dalam facebook page MENERJAH AWAN, ada isu dan cerita mengenai penerbangan

Cerita tahun ini tahun 2014 aku mulakan dengan kisah anakku ... MUHAMMAD AMINURRASYID ... tahun ini dia berumur 7 tahun. Bermakna dia bersekolah dalam darjah 1. Bersekolah disebuah sekolah di Petaling Jaya.

Seperti mana mana ibu bapa di dunia ini, sentiasa mengharapkan yang terbaik dari anak anaknya. Begitu juga aku dan isteri. Mengharapkan dan berharap sesuatu yang terbaik utk anak kami MUHAMMAD AMINURRASYID ... dengan izin ALLAH.

Doa kami, sentiasa anak kami dilindungi ketika perjalanan kesekolah, ketika disekolah dan juga ketika pulang kesekolah. Dibukakan ALLAH pintu hati seluas luasnya untuk menerima apa jua pelajaran dan juga pembelajaran agar mudah faham dan cepat tangkap apa yang diajari disekolah

Gelisah, risau, tak tentu arah, tak boleh buat kerja ... itulah perasaan aku skrg. Anak dah makin besar. Nak tak nak kena bagi survivor hidup. Aku rasa inilah yang mak ayah aku rasa bila aku masuk darjah 1 anggerik tahun 1986.     




itulah serba sedikit intorduction utk tahun 2014 ni ... tgh banyak idea ni .. tapi perlahan perlahanlah sikit ... masa itu emas .. nak curi selalu tak boleh nanti kantoi .... ha ha ha

ok lah .. itu shj.

Sekian terima kasih
capt khairulnizam
A330-300

Tuesday, October 29, 2013

HAPPY BIRTHDAY CAPTAIN !!

Assalamualaikum kawan kawan,

Sebelum aku tulis panjang lebar ... aku sajikan dahulu ini ...


Pada 2hb Sept 2013 yang lepas, genaplah anak aku ni berumur 6 tahun, tahun depan darjah 1 dah. Alhamdulillah, karenahnya membuatkan aku senang sekali .. tapi dalam tu kekadang adalah juga perangai mengada ngadanya .....

Ini beberapa gambar yang sempat aku snap sempena sambutan hari lahirnya. Aku dan wife buat sambutan kat sekolah tadikanya .....










warkah untuk anakku ....








Thursday, August 29, 2013

BERCITA CITA MENJADI JURUTERBANG

Assalamualaikum semua kawan kawan ....

lama betul tak menulis .... idea ada tapi masa pula terbatas dgn kerja seharian dan lain lain....


Untuk isu kali ini, aku ingin memberi maklum balas terhadap message dibawah ini ...




Kiriman message ini datang dari saudara Firdaus Hassan. 


p/s: Aku menjawab ini adalah berdasarkan pemahaman aku dan pengalaman serta pembacaan yang aku pernah baca sahaja ..... sekiranya ada kesalahan, saya mohon sesiapa sahaja perbetulkan demi kepentingan generasi akan datang


1) Apakah permulaan yang perlu saya lakukan sebelum menjadi seorang juruterbang yang baik ..


Pengalaman aku, aku bercita cita menjadi seorang juruterbang sejak berusia 9 tahun lagi. Pengalaman pertama kali dibawa ke Lapangan Terbai Senai oleh arwah bapaku adalah yang tidak dapat aku lupakan sampai bila bila. 


Aku sebenarnya duduk di Daerah Ulu Tiram, Johor Bahru. Rumah aku sebenarnya terletak cantik di pertghan iaitu berdekatan dgn Senai Airport dan juga Cangi Airport ...



A) Rumah aku; B) Airport Senai
A) Rumah aku; B) Cangi Airport
ha.... tgk gambar map tu .... kalau A/c take off je mesti lalu atas rumah aku ... boleh nampak punya 

Ada satu ketika tu, hari Ahad, sewaktu aku membantu arwah bapa aku basuh motor vespa dia, aku ternampak kapal terbang terbang amat rendah sekali hinggakan aku boleh nampak ada "nombor" dan juga bawah kapal ada lampu yang berkelip kelip tu ... pusing pusing kat langit sekitar taman aku .... rupanya mereka tgh buat assessment dan flying test. Kat situ adalah dialog aku dgn arwah bapak aku .. tapi tak igt sgt apa dia ... tapi apa yang dia kata dia janji nak bawa aku ke airport tgk kapal terbang ....


So tiba masa yang dijanjikan, aku dibawa oleh bapak dan mak aku tgk kapal terbang. Dulu Airport senai ada anjung kat area cafe dia tingkat atas. So boleh tgk dekat kapal terbang tu.lebih kurang jarak adalah dalam 50M dari anjung tu. Tapi sekarang dah tak boleh. Aku duduk kat luar tu lama jugak lah sehingga azan maghrib. Tak puas aku tgk. Rezeki aku time tu adalah dekat 5 kapal terbang yang ada diantaranya MAS, Singapore Airline dan satu tu kalau tak salah aku bapa aku ckp Brunei. ntah aku pun tak ingat.


dari situ aku berazam nak jadi pilot. Sejak kecil. Dari situlah aku selalu mencari apa jua bahan bacaan berkenaan yang berkaitan dgn kapal terbang. Selalu ke perpustakaan sultan Ismail (JB) utk cari apa jua maklumat pasal kapal terbang. 


Ketika dulu tak macam sekarang, mudah dptkandari Internet, dulu cuma depends pada buku / majalah shj. Dari masa kesemasa aku mula study pasal kapal terbang .. mcmana terbang, ada berapa tayar ..... kapal terbang boleh reverse ke tak .. mcmana dia nak land semua aku cari ... tapi tak semua jawapan itu aku dpt disebabkan terhadnya bahan bacaan ketika tu. yang paling kuat menyokong aku ketika tu adalah arwah atuk aku ... cukup suka bila aku kata aku nak jadi pilot.


Bagi aku lah ... setakat minat nak jadi pilot tak cukup kalau tak ada persediaan yang cukup. Kena tahu dan wajib tahu apa komponen yang ada pada kapal terbang, dan lain lain spec dan juga apa jua mengenai pasal kapal terbang. Sekarang dah mudah ada game kapal terbang ... Flight Simulator dari 1999 sehingga FSX. dah mudah dah. beli dan install. Cari pengalaman menerbangkan kapal. Cari bahan bacaan mengenai kapal terbang study sikit sikit.


Dengan teknologi sekarang ni, amat mudah untuk mendapatkan bahan bacaan mengenai kapal terbang. Ada internet. Kemudian ada beberapa website dari dan dalam Malaysia yang bercerita tentang kapal terbang dan isu isu atau maklumat berkenaan dgn aviation. Nak merasai pengalaman menebangkan kapal terbang, ada beberapa sykt / company yang menawarkan pengalaman tersebut macam AVIAX, Flight KL, malah berpeluang menebangkan pesawat dari jenis B737-800NG dan A320. Mudah bukan.


Kemuncaknya, aku dipanggil interview oleh SIA (Singapore Airline) utk jawatan Cadet Pilot dan ianya amat mudah bagi aku. Amat mudah. Aku mampu menjawab setiap isu dan komponen kapal terbang dgn mudah. Boleh refer tajuk Aku, SIA dan Interview.


Nasihat aku, jgn kata je nak jadi pilot walhal knowledge pasal kapal terbang nothing. Persiapkan diri dgn seberapa banyak yang boleh berkenaan dgn Kapal Terbang dan aviation industries ... In Sya ALLAH kita akan dapat.


Bukan aku sahaja, aku juga mendidik anak lelaki aku sebagai juruterbang sama seperti apa yang arwah bapak aku lakukan. Aku selalu membawa dia tgk kapal terbang kat WMKK dan WMSA .... tgk kapal terbang land and take off. Disamping aku belikan dia model kapal terbang yang mana harganya mencecah ratusan ringgit. Simpan didalam biliknya sebagai inspirasinya dan aku kerap memanggilnya sebagai Captain Muhammad Aminurrasyid.


Ada juga ketika itu aku bawa dia ke AVIAX utk dia merasai sendiri menerbangkan pesawat.














bagi aku .... pepatah lama ada menjelaskan Meluntur Buluh biar dari rebungnya, Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dpt sagunya, .. 


2. Apakah nasihat yang boleh Tuan berikan utk saya supaya saya boleh siap sedia untuk mengelakkan perkara itu berlaku (Graduan Kadet Juruterbang persendirian mengganggur)


Ini adalah kenyataan dari pandangan saya sendiri ...


Ramai yang bercita cita untuk menjadi juruterbang tapi apakah kelayakkan utama dari SPM untuk menjadi juruterbang? Kelayakkan utama adalah mempunyai keputusan yang terbaik dari SPM terutama Fizik, Add Math, Math, dan Science dan yang paling penting Bahasa melayu dan juga English. Kalau dalam kesemua subjek ini anda sekadar cukup cukup makan atau sekadar lulus shj, anda kena fikir, bagaimana ada hampir 10000 orang daripada 100,000 orang calon SPM yang mendapat keputusan terbaik dalam matapelajaran tersebut, soalannya adalah ... adakah anda layak? Jawapan .... anda tidak layak sama sekali ...


Justeru apabila anda tidak terpilih untuk menduduki sebarang assesment dari Airasia ataupun MAS, maka anda akan buat pilihan untuk enroll sekolah penerbangan dengan perbelanjaan sendiri .. iaitu dari PPL sehingga ATPL (Frozen) adalah dalam sekitar RM300,000.00 tidak termasuk sekiranya anda failed dan buat repeat paper (kalau anda failed anda sebenarnya sudah failed). Ada ramai penuntut ini sampai satu tahap mereka tak boleh nak terima dah pelajaran ini kerana apa .. kerana mereka tak mampu untuk menerima pelajaran itu masuk ke otak dan seterusnya berlakulah pembaziran. Ada diantara mereka yang buat loan ... cagar harta benda mak bapak semata mata ingin memenuhi kehendak anda yang tak berapa betul tu ....


Seharusnya ingat, jangan sesekali membebankan mak bapak anda semata mata nak memuaskan impian anda sebagai juruterbang (ntah jadi atau tidak pun tak tau lagi) .... Selepas anda tamat dan dapat ATPL (Frozen) apa yang perlu anda buat adalah Type rating .. kos nya dalam RM150,000.00 bergantung kepada jenis pesawat komersial. Kalau Airasia tak silap dalam RM120,000.00 utk pesawat A320 dan belum ada jaminan kerja ... kena ingat. Belum ada jaminan kerja. sebab rating ini perlu 2000 jam flying hours dan syarikat penerbangan tidak akan ambil risiko utk membenarkan anda terbang dgn pesawat mereka.


Apa yang aku boleh cadangkan adalah, belajar dulu di mana mana universiti dengan mengambil jurusan engineering atau science. Sekurang kurangnya anda sudah ada diploma dan degree. pengalaman aku, aku hanya ada degree dalam bidang science, dan saya terpilih dan dipilih utk menduduki assessment,  interview seterusnya sehingga ke medical checkup utk jawatan SIA Cadet Pilot. Tapi bukan rezeki aku, ketika kaki aku sudah ada separuh didalam SIA, aku diserang denggi dan terlantar di ward. Ketika itu aku hanya diminta datang utk buat medical checkup dan juga Tea Party. Apa yang aku dpt tau sebenarnya aku telah terpilih sebagai SIA Cadet Pilot. Allah lebih mengetahui mana yang baik utk aku.


Kerana ada sesetgh Airline, mereka memilih mereka mereka yang ada diploma atau degree utk mereka ambil sebagai calon cadet pilot seperti contoh SIA, Emirates dan ada beberapa lagilah ... aku tak ingat ....


so sekarang pilihan ditangan anda .. buat lah pilihan yang tepat. jangan sampai pilihan itu membawa anda kerugian yang teruk dan tidak membawa manfaat langsung ....


sekian terima kasih,


ikhlas

capt khairulnizam
A330-300